Wednesday, 18 February 2015

#11 - Keratan Akhbar : Kemampuan Membayar Kos Perubatan?

Assalamualaikum...Entri kali ini saya sediakan keratan akhbar untuk anda lihat antara realiti senario yang berlaku lantaran kos perubatan yang semakin tinggi, dan apakah risiko tanpa ada apa-apa bentuk perlindungan / medical card :










Dengan mengambil perlindungan Takaful, jika diizinkan Tuhan, segala perbelanjaan seperti di atas sekurang-kurangnya adalah mencukupi dan dapat menampung segala kos berkaitan.

Berapa banyak kos rawatan yang boleh dapat?

Itu semua bergantung kepada pilihan anda. Anda tentukan sendiri nilai kos perubatan di dalam Medical Card mengikut kepada tahap kedudukan kewangan anda. Anda mampu bayar lebih? Anda mahu perlindungan yang lebih? Keputusan di tangan anda...Buatlah pilihan yang tepat.


Oleh itu, bersedialah lebih awal. Bertindak sebelum terlewat. Hubungi saya untuk perkongsian perlindungan Takaful 013-4281217

Tuesday, 17 February 2015

#10 - Bertindak Sebelum Terlewat : 36 Sakit Kritikal

Assalamualaikum semua...Baiklah pada entri sebelum ini saya dah kongsikan berkenaan "Bertindak Sebelum Terlewat" dan perlindungan terhadap lumpuh kekal / hilang upaya keseluruhan. Jadi hari ni saya nak kongsikan berkenaan 36 sakit kritikal yang mana merupakan salah satu daripada RIDER. (APA itu RIDER? Sila rujuk kepada entri #8).




PruBSN Takaful telah pun mengenalpasti dan menyenaraikan 36 jenis sakit kritikal yang dilindungi untuk bakal pelanggannya. Antara sakit kritikal yang tersenarai adalah :

               1)  Strok
               2)  Meningitis
               3)  Koma
               4)  Parkinson
               5)  Penyakit Hati Kronik
               6)  Penyakit Paru-paru Kronik

Cukuplah saya senaraikan 6 jenis sahaja buat masa ini. Selebihnya saya akan dedahkan kemudian ataupun anda boleh rujuk kepada laman web rasmi PruBSN Takaful.

Perlindungan ini amat berguna di saat-saat kita memerlukannya kelak. Sekarang ini memang kita dalam keaadan sihat dan tiada sakit kronik. Alhamdulillah syukur pada Allah atas kurniaan kesihatan diri ini. Tapi bagaimana bila saatnya betul-betul tiba nanti? Bersediakah kita?

Bayangkan anda sedang main futsal dan tiba-tiba dada terasa sakit yang amat sangat. Sakit yang belum pernah anda rasai sebelum ini. Jantung berdegup lemah dan anda rebah tidak sedarkan diri. Tiba di hospital doktor sahkan anda terkena serangan jantung. Anda pelik sedangkan anda tahu...anda sihat dan tak pernah ada penyakit jantung sebelum ini. YA itulah yang dinamakan kejutan dan sememangnya sakit jantung akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur...

Doktor menasihatkan anda supaya banyak berehat. Kemungkinan serangan akan berulang pasti berlaku. 

Di waktu itu, anda baru tersedar yang anda perlu cari satu bentuk perlindungan dan medical card. Tapi rasa-rasa anda berjaya atau tidak? Mungkin anda berjaya tetapi bayaran premium anda telah meningkat disebabkan anda telah disahkan mempunyai sakit kritikal dan anda telah pun berumur.

SOALAN SAYA : Anda masih nak menunggu? Tunggu sakit datang baru nak cari perlindungan??? Kenapa tak ambik sekarang sewaktu masih muda dan tengah sihat???

Apa kelebihan Takaful?

Dengan mengambil perlindungan Takaful lebih awal, anda akan dilindungi daripada serangan sakit kritikal.

Jadi? Sekiranya ditimpa sakit kritikal??

Sekiranya disahkan anda sakit kritikal, anda akan mendapat pampasan.

Berapa banyak pampasan yang boleh dapat?

Itu semua bergantung kepada pilihan anda. Anda tentukan sendiri nilai pampasan mengikut kepada tahap kedudukan kewangan anda. Anda mampu bayar lebih? Anda mahu perlindungan yang lebih? Keputusan di tangan anda...Buatlah pilihan yang tepat.

Dengan pampasan tersebut, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban sekeluarga sekiranya musibah berlaku dalam sekelip mata atau secara tiba-tiba. Pampasan ini boleh digunakan untuk PENGGANTIAN INCOME @ MENAMPUNG KOS PERUBATAN KELAK. Kos perubatan utama seperti wad hospital, pembedahan, perubatan yang lain semuanya akan ditanggung menggunakan Medical Card (sekiranya anda ambil RIDER Medical Card).

Di samping itu, premium anda setiap bulan akan dibayar oleh pihak PruBSN (tertakluk kepada terma dan syarat) sehingga tamat tempoh polisi. Anda juga layak mendapat kemudahan Medical Card setiap tahun.

Jadi, bukankah segala perjalanan perubatan anda berjalan lancar??

Buatlah pilihan yang bijak... di bawah ini adalah antara berita keratan akhbar yang secara jelas menunjukkan bahawa sakit kritikal itu WUJUD dan BAKAL MENYERANG SESIAPA SAHAJA!!!




Oleh itu, bersedialah lebih awal. Bertindak sebelum terlewat. Hubungi saya untuk perkongsian perlindungan Takaful 013-4281217







#9 - Bertindak Sebelum Terlewat : Lumpuh Kekal Keseluruhan

Assalamualaikum semua...

Apa yang dipaparkan di bawah ini adalah CONTOH kisah benar dan realiti. Bukan rekaan semata-mata. Sepertimana yang pernah saya utarakan sebelum ini, "sediakan payung sebelum hujan".



Senario beginilah yang kita ingin hindarkan. KETUA KELUARGA hilang keupayaan untuk melaksanakan tugas mencari punca pendapatan untuk keluarga. Apabila berlaku senario ini, tugas KETUA KELUARGA jatuh kepada ISTERI sekiranya anak-anak masih kecil. Isteri terpaksa menerima tanggungjawab tersebut demi untuk kelangsungan hidup.

Anak-anak pula kalau sudah besar dan bekerja tak mengapa lagi..dapat juga meringankan beban ibu...tetapi kalau masih bersekolah? Masih di tadika?

Kalau anak seorang dua tak mengapa lagi..perbelanjaan seisi keluarga tak begitu besar. ..tetapi kalau lebih daripada dua? Purata umur 2 bulan - 19 tahun? Jika dikira dan dicongak, perbelanjaan tersebut adalah tinggi.

Kerana itulah saya di sini ingin membantu anda semua bertindak lebih awal dan ambil langkah persediaan sebelum berlakunya perkara di luar jangkaan seperti ini.

Bagaimana bantuan yg maksudkan itu?

Dengan mengambil perlindungan Takaful...

Jadi? Sekiranya lumpuh kekal keseluruhan??

Apabila anda ambil perlindungan ini, anda akan dilindungi dan pampasan akan diberikan. Dengan pampasan tersebut, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban sekeluarga sekiranya musibah berlaku dalam sekelip mata atau secara tiba-tiba. Pampasan ini juga dapat memberikan ruang persediaan atau backup plan untuk keluarga merancang apa tindakan alternatif yang akan dibuat untuk membantu keluarga untuk masa hadapan. 

Sudah tentu kita tidak bersedia, bukan? PASTI KITA TAK BERSEDIA. Musibah atau kemalangan adalah sesuatu yang di luar jangkaan. Waktu ia berlaku kita tidak tahu. Hanya ALLAH sahaja yang tahu. Jadi sekiranya tidak bersedia, apa yang perlu kita lakukan? Buatlah persediaan awal...

Berapa banyak pampasan yang boleh dapat? Itu semua bergantung kepada pilihan anda. Anda tentukan sendiri nilai pampasan mengikut kepada tahap kedudukan kewangan anda. Anda mampu bayar lebih? Anda mahu perlindungan yang lebih? Keputusan di tangan anda...Buatlah pilihan yang tepat. 

Khusus untuk suami @ ketua keluarga di luar sana : Sekiranya kita berada di tempat saudara kita seperti dalam gambar di atas, sudah pasti kita hanya mampu untuk mengalirkan air mata sahaja mengenangkan nasib yang menimpa....Sedih kerana kita tidak mampu berdiri atas kaki sendiri dan beri pendapatan kepada keluarga. Isteri pula yang terpaksa berhempas pulas mengambil alih tanggungjawab kita (apakah gembira si isteri? atau sedih kah dia?). Sekurang-kurangnya dengan mengambil Takaful ini, kita dah membuat persediaan awal iaitu MENYEDIAKAN PENGGANTIAN INCOME keluarga walaupun kita tidak lagi mampu dan hanya berkerusi roda...

Buatlah pilihan yang bijak... di bawah ini adalah antara berita keratan akhbar yang secara jelas menunjukkan kesan akibat lumpuh terhdapa institusi kekeluargaan :





Semoga kita segera sedar dan mengambil langkah awal sebelum musibah benar-benar berlaku...hubungi saya untuk perkongsian lanjut berkenaan Takaful 013-4281217


Monday, 16 February 2015

#8 - PruBSN Link Series

Assalamualaikum...setelah beberapa siri perkongsian saya buat di dalam entri sebelum ini, kali ni saya nak memperkenalkan serba sedikit berkenaan apa perlindungan yang dapat saya tawarkan kepada anda semua.



PruBSN Link Series

PruBSN Link Series ini adalah satu pelan perlindungan yang komprehensif (menyeluruh) untuk memenuhi semua peringkat kehidupan. 5 in 1 Protection Plan. Secara ringkasnya, 5 bahagian utama di dalam pelan perlindungan Takaful ini adalah seperti berikut :

1)   BASIC  -   Kematian / Lumpuh Kekal Keseleruhan
2)   RIDER  -   Pampasan Sakit Kritikal (36 jenis penyakit)
3)   RIDER  -   Pampasan Kemalangan (mati / lumpuh kekal keseluruhan)
4)   RIDER  -   Medical Card
5)   BASIC  -   Simpanan atau pelaburan masa hadapan

Apa itu BASIC dan RIDER?

BASIC   =   Teras. Wajib diambil

RIDER   =   Tambahan. Manfaat tambahan pilihan yang boleh diambil sekiranya anda rasakan itu satu keperluan. Tak mahu ambil pun tidak jadi masalah.

Kelebihannya? Anda sendiri yang tentukan bentuk perlindungan yang anda mahukan, mengikut kesesuaian serta kedudukan kewangan anda.

CONTOH :

S : A berminat nak ambil perlindungan penuh.
J : YES. Perlindungan penuh seperti di atas.

S : B berminat untuk perlindungan kematian sahaja
J : YES. Perlindungan BASIC

S : C berminat untuk perlindungan penuh tanpa Medical Card
J : YES. Perlindungan BASIC + Sakit Kritikal + Kemalangan

S : D berminat untuk Medical Card sahaja
J : NO. Medical Card wajib diambil bersama dengan BASIC

Terdapat tiga kategori pembahagian series (mengikut umur) yang diperkenalkan di bawah satu plan perlindungan yang dinamakan 'Link Series' iaitu :

1)   FirstLink  (19 hingga 25 tahun)
2)   SmartLink  (1 hingga 18 tahun)
3)   TakafulLink (26 hingga 70 tahun)

Sekarang anda boleh lihat di mana kedudukan anda dan keluarga tersayang berada? Anda yang tentukan...

Bersambung di entri yang akan datang...hubungi saya untuk perkongsian lebih lanjut.
0134281217







 

#7 - Sediakan Payung Sebelum Hujan

Hujan2 macam ni lapar pulak rasanya. Baru aje singgah beli burger untuk anak2....Sementara menunggu burger siap, fokus pemerhatian saya terus tertumpu kepada sesuatu...



Nampak tak tempat burger sahabat kita ni? Siap ada bumbung lagi. Besar pulak tu...

Sebab apa perlunya bumbung tu? Supaya mereka boleh berlindung untuk TERUS DAPAT BERNIAGA @ DAPAT INCOME walaupun dalam keadaan cuaca yang tak menentu.

Macam tu la jugak TAKAFUL ni. Membantu kita dapat PERLINDUNGAN & PENGGANTIAN INCOME untuk meneruskan kehidupan sekiranya kita ditimpa musibah.

Sahabat kita ni tadi dah ada perancangan masa hadapan. Bagaimana dengan anda?

"Sediakan payung sebelum hujan"

Fikir-fikirkanlah....Menyesal kemudian tiada berguna...



Thursday, 12 February 2015

#6 - BANK vs TAKAFUL

Assalamualaikum...setelah beberapa entri pasal perkongsian kepentingan takaful saya buat, hari ni saya nak update berkenaan apa bezanya dari segi kelebihan dan manfaat menyimpan di bank dan juga Takaful.

Jangan salah faham. Saya tidak kondem pihak bank ye. Dan saya tidak sebut mana-mana nama bank yang terlibat. Menyimpan di bank memang bagus. Saya di sini cuma nak tunjuk apa kelebihan menyimpan di Takaful. Peace  :)

Saya mengandaikan anda semua masih belum mempunyai takaful. Kita bermula sikit-sikit dahulu barulah saya terangkan secara terperinci. Jadi secara ringkasnya, tanya diri sendiri, berapakah simpanan anda setiap bulan?


RM200?

RM500?

RM800?

Di mana anda simpan?

Bank?


Lain-lain bentuk simpanan?

Katakanlah simpanan anda RM500 dan saya ambil cuma RM200 sahaja daripadanya. Perhatikan gambar di bawah :-


Rasa-rasa berbaloi tak? SAYA CUMA AMBIL RM200 SAHAJA DARIPADA SIMPANAN ASAL ANDA. Selebihnya (RM500 - RM200 = RM300) itu anda simpanlah di bank sepertimana kebiasaan. Berlaku adil tak saya? :)

Sekiranya anda dah faham ringkasan kelebihan menyimpan di Takaful di atas, saya pecahkan lagi kelebihan tersebut dan saya kaitkan dengan senario seperti ini :-

Menyimpan di Bank
* A
* 25 tahun (ini umur A sewaktu mula-mula menyimpan di Bank)
* RM200 sebulan

Menyimpan di Takaful
* A
* 25 tahun (ini umur A sewaktu mula-mula menyimpan di Takaful)
* RM200 sebulan
*Medical Card



Setelah 10 tahun, A mendapat serangan serangan jantung dan perlu menjalani pembedahan. Sudah pasti jumlahnya bukan sedikit. Anda boleh rujuk kepada link berkaitan untuk kos perubatan dan pembedahan (Kementerian Kesihatan dan lain-lain badan kesihatan).

Jika bergantung harap kepada simpanannya di bank, ia tidak mencukupi. A perlu keluarkan kesemua simpanannya selama sepuluh tahun. Sekiranya tidak mencukupi, A terpaksa mencari alternatif lain seperti guna kad kredit dan pinjaman. Kedua-duanya perlu dibayar semula. Dalam erti kata lain, HUTANG.

Sedangkan sekiranya A menyimpan di Takaful, segala kos perubatan dan pembedahan ditanggung oleh pihak PruBSN (sekiranya tidak melebihi kos medical tahunan yang telah ditetapkan mengikut pelan Takaful yang diambil). Sekurang-kurang ini dapat membantu A menyelesaikan masalah berkaitan kos perubatan tersebut.  Malah sekiranya bernasib baik dan jumlah perlindungan Takaful yang diambil mampu untuk cover pembedahan tersebut, wangnya yang disimpan di bank tidak akan diusik dan selamat. A tak perlu pening kepala lagi untuk meminjam wang.

A tidak perlu bimbang kerana dia juga dilindungi di bawah pampasan sakit kritikal. Serangan jantung adalah salah satu daripada 36 sakit kritikal. A berhak dapat pampasan. Selain itu, wang simpanan / premium bulanannya juga akan diteruskan pembayaran oleh pihak PruBSN sehingga tamat polisi.

Tidakkah ini satu keistimewaan yang patut anda ambil? :)

Sekarang ini sekiranya anda mampu dari segi kewangan, anda boleh pilih pelan Medical Card Health Enrich Advanced dan Health Enriched Premier yang lebih istimewa...tepuk dada tanya la hati.

Sampai sini dahulu...saya akan sambung pada entri yang lain selepas ini. jangan lupa hubungi saya untuk perkongsian perlindungan Takaful
013-4281217

Wednesday, 11 February 2015

#5 - Kereta, Rumah Atau Nyawa?

Assalamualaikum...secara ringkasnya saya nak kita sama-sama fikirkan sejenak...


Anda ada kereta? Mestilah ada. Sayang tak kereta sendiri? Mestilah sayang kan...Masa mula2 beli bayar duit muka confirm disertakan dengan road tax dan insurans. Kenapa perlu insurans? Satu, sebab ianya wajib. Kereta nak on the road wajib ada road tax dan insurans. Kedua, untuk melindungi kereta yang kita sayang tu sekiranya terlibat kemalangan kelak. So kereta dah dilindungi. Kalau berlaku kemalangan, insurans yang tanggung kos dan tak perlu keluarkan duit. Ramai jugak yang ada kesedaran terus ambil sekali perlindungan cermin hadapan kenderaan. Kenapa? Untuk melindungi cermin hadapan daripada retak.


Macam mana pulak dengan rumah? Anda ada rumah? Kalau yang beli rumah atas nama sendiri pasti ada yang ambil insurans perlindungan kebakaran rumah. Selalu la akan dapat call and info daripada pihak insurance banking mintak renew setiap tahun. Kenapa ambik? Risau harta yang dibeli dengan hasil titik peluh musnah begitu sahaja. Nanti tinggal sehelai sepinggang. Musnah segala-galanya....

Kesemua di atas ni saya akui memang penting. Saya setuju. Langkah awal dah diambil walaupun KITA TAK TAHU BILA KEMALANGAN ATAU MUSIBAH ITU AKAN BERLAKU

TETAPI.......Macam mana pulak dengan perlindungan takaful? Untuk diri sendiri dan keluarga? Sudahkah bersedia dan dilindungi?


Sekarang anda memang sihat tapi esok? Lusa? Kalau diuji oleh Allah swt dengan sakit kritikal macam mana? Lumpuh anggota badan dan tak mampu nak teruskan pekerjaan. Sekiranya kemalangan? Meninggal dunia secara mengejut? Sanggupkah anda tinggalkan anak dan isteri dengan tiada pendapatan?

Sekarang ini harta mana yang paling anda sayang? Rumah? Kereta? Atau DIRI SENDIRI DAN FAMILY?


Dengan mengambil perlindungan takaful, ANDA AKAN DILINDUNGI. Macam mana tu? Sekiranya ditakdirkan meninggal dunia, dapat pampasan. Disahkan menghidap salah satu daripada sakit kritikal (ada 36 sakit kritikal yang diperakui dan dilindungi oleh PruBSN), dapat pampasan. Disahkan lumpuh kekal keseluruhan, dapat pampasan. Terlibat dalam kemalangan, juga dapat pampasan.

Kelebihan ambil perlindungan takaful saya akan ceritakan secara detail nanti. Jangan ketinggalan...

0134281217 hubungi saya

Tuesday, 10 February 2015

#4 - Servis Kerete vs Rawatan Hospital

9hb Februari 2015

Ini realiti yang terjadi.

                                                                      Gambar Hiasan

Pagi tadi saya hantar kereta ke pusat servis. Air-cond dah tak sejuk langsung dan baunya seakan-akan bau gas. Timbul rasa risau pasal keselamatan. Anak2 pulak dah bising merengek panas. Sampai tak mahu nak naik kereta. So booking la untuk servis. Dah hantar dan hasilnya, kena servis air-cond  & replace cooling coil baru.

Almaklumlah dah masuk 5 tahun usia kereta. Dah mula rosak sana sini. Dalam keadaan tak terjangka macam ni, kena la keluarkan duit. Total servis kali ni dah cecah RM996.00  Fuhhh...Tapi disebabkan keperluan maka pejamkan mata. Sudah servis kena la bayar...ada cash, bayar terus. Takde cash, kena gores kad kredit la dulu nampak gayanya...

Begitu jugak dengan diri kita. Makin berusia semakin badan ni sakit-sakit. Kalau ditakdirkan dapat sakit yang berat, kena tahan wad atau jalani pembedahan? Jumlahnya pasti bukan sedikit.




Pada ketika itu, kalau cash simpanan ada boleh la bayar. Tapi sanggup ke nak habiskan simpanan yg dah bertahun simpan?

Kalau takde cash, boleh guna kad kredit.. Tapi limit berapa? Lepas tu tanggung hutang. Tak cukup lagi. Fikir pulak alternatif lain. Pinjam adik-beradik? Buat pinjaman peribadi?...hutang juga tu...sampai masa kena bayar balik. Yang pasti jangan pinjam dengan ALONG!!! :)

Jadi boleh la fikirkan yg terbaik untuk diri sendiri dan keluarga....satu alternatif dah tersedia untuk anda. Dengan budget serendah RM150, segala keperluan kewangan untuk medical anda terjamin.

"Sediakan payung sebelum hujan". Bertindak sebelum terlewat. Hubungi saya untuk perkongsian perlindungan takaful anda 0134281217

#3 - Takaful Sebagai Penggantian Income?

Assalamualaikum...kita bersambung lagi. Masih dalam konteks kenapa kita memerlukan takaful.

Jadi di sini saya  tunjukkan satu lagi contoh bgaimana pentingnya takaful untuk sesebuah keluarga sebagai penggantian income. Kita mengandaikan A sebagai suami dan ketua keluarga berdasarkan kepada situasi di bawah :

Bayangkan A adalah satu-satunya 'paymaster' iaitu orang yang mencari punca rezeki untuk keluarga dengan pendapatan sekitar RM2,500. Isteri A adalah seorang suri rumah dan mereka mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah. Segala-galanya adalah hasil kerja keras A setiap hari untuk menampung semua perbelanjaan seperti belanja dapur, duit sekolah anak, duit sewa rumah, duit installment kereta, yuran van sekolah, yuran taska dll.

Cuba bayangkan... 




Apa yang A tinggalkan untuk isteri dan anak2 seandainya A sakit atau lumpuh kekal keseluruhan atau meninggal dunia secara mengejut? Hilang sudah mata pencarian setiap bulan. Tiada lagi RM2,500 sebagaimana sebelumnya. Namun, segala keperluan MASIH TETAP perlu disediakan.

Adakah si isteri perlu bersusah payah mencari kerja untuk terus menyara anak2 mereka? Sedangkan sebelum ini si isteri langsung tidak pernah berkerja. Dapatkah si isteri mendapat perkerjaan yang sama seperti mana pendapatan suaminya? Berapa lama pulak masa yang terpaksa si isteri ambil untuk pulihkan keadaan? Banyak mana pulak air mata yang mengalir menangisi keperitan yang ditanggung? Takkan pulak nak meminta dengan adik-beradik dan sedara-mara? Berapa banyak pulak yang mereka boleh berikan? Mereka juga punya keluarga sendiri yang perlu ditanggung.

Adilkah untuk mereka?

Rujuk kepada definisi Insuran Nyawa yang saya share daripada www.azizriadi.com.
Ingat :-

"INSURAN NYAWA bukan nak lindungi nyawa, tapi nak gantikan berapa banyak  SUMBER KEWANGAN si PEMUNYA NYAWA yang meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan, supaya waris (di bawah tanggungan si PEMUNYA NYAWA tersebut) boleh menjalankan kehidupan seperti biasa dengan SUMBER KEWANGAN yang baru"

credit to www.azizriadi.com




Jadi anda dah faham apa kepentingan takaful? Fikir-fikirkan...hubungi saya untuk perkongsian perlindungan takaful 013-4281217

#2 - Kenapa Anda Memerlukan Takaful?

Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi...

Baiklah. Pada entri saya yang pertama ini, saya nak kongsikan apa kepetingan Takaful ni sebenarnya. Saya takkan sentuh lagi bab pelbagai produk PruBSN Takaful terlebih dahulu. Itu kemudian2 nanti. Saya nak kongsikan kenapa perlunya ada takaful dan apa fungsinya. Sebab? Sama jugak situasinya sewaktu kita nak beli kereta...kena tengok spesifikasi dulu dalam brochure, berbaloi ke tidak kalau membeli, adakan perbincangan ringkas, mintak pendapat salesman, anak ramai sesuai ke pakai sedan, atau beralih ke MPV, apa fungsi yang ada...then barulah kita bukak pintu kereta dan tengok puas-puas atas bawah kiri kanan...:)

So mari kita tengok kepada PENJELASAN KENAPA ANDA MEMERLUKAN TAKAFUL yang saya share daripada MY KEWANGAN. Jom kita fahamkan betul2 :-




Takaful Keluarga sebenarnya sangat penting lebih-lebih lagi kepada individu yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak.Malangnya, ramai yang tidak sedar kepentingan takaful ini kerana ia adalah satu servis yang hanya akan ternampak kebaikannya setelah sesuatu yang buruk berlaku kepada individu terbabit dan sudah tentu, kita tidak inginkannya terjadi kepada diri kita.

Oleh itu, bagi memudahkan orang ramai memahami kenapa takaful penting, kami bawakan beberapa situasi bagi menjelaskan kenapa takaful begitu penting dan sepatutnya menjadi keperluan setiap individu.
.
1 - KELUARGA

Ahmad Ridha merupakan seorang suami dan bapa kepada dua orang anak yang masing-masing berumur 5 dan 2 tahun. Satu hari, ketika Ahmad Ridha dalam perjalanan ke tempat kerja, keretanya dilanggar bas dan malang buat Ahmad Ridha, dia maut di tempat kejadian.

Jika Ahmad Ridha sudah mengambil takaful: Isteri dan anak-anaknya akan menerima duit pampasan dari syarikat takaful Ahmad Ridha dan lalu boleh meneruskan hidup menggunakan duit tersebut sementara isterinya mencari kerja lain.
Jika Ahmad Ridha belum mengambil takaful: Isteri Ahmad Ridha terpaksa bergantung hidup kepada saudara mara terdekat dan juga terpaksa mencari sumber pendapatan bagi menampung jumlah perbelanjaan keluarga dengan segera.
.
2 - PINJAMAN / LOAN

Rizal merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Malaysia. Dia membuat pinjaman bank untuk membeli kereta pertamanya. Satu hari, ajal menjemput Rizal. Rizal pergi dalam keadaan hutangnya masih belum dibayar walaupun sesen pun. (P/S : situasi ini juga boleh diaplikasikan pada pinjaman-pinjaman lain)

Jika Rizal sudah mengambil takaful: Ibu bapa Rizal boleh melangsaikan hutang Rizal menggunakan duit pampasan yang diterima dari syarikat takaful. Mungkin juga hutang Rizal boleh diselesaikan secara sekali bayar menggunakan duit pampasan tersebut. Atau paling kurang pun boleh menampung separuh/suku dari hutang Rizal.
Jika Rizal belum mengambil takaful: Ibu bapa Rizal perlu berhempas pulas mengorek wang simpanan mereka untuk membayar hutang Rizal. Ibu bapa mana yang mahu anak mereka pergi dalam keadaan berhutang?
.
3 - TERDESAK KETIKA MEMERLUKAN

Anwar seorang yang berpendapatan sederhana. Beberapa hari lepas, dia disahkan oleh doktor menghidap barah dan doktor berkata pembedahan perlu dibuat dengan segera untuk membuang barah tersebut.

Jika Anwar sudah mengambil takaful: Anwar tidak perlu risau dengan kos perubatan kerana ia akan dibayar oleh syarikat takafulnya (paling kurang separuh).
Jika Anwar belum mengambil takaful: Anwar akan termenung memikirkan kos perubatan yang terpaksa ditanggung olehnnya. Dia juga ada memikirkan untuk meminta derma dari orang ramai untuk menanggung kos pembedahan itu.
.
4 - KETENANGAN

Hanif merupakan seorang pekerja kerajaan. Dia mempunyai seorang anak. Satu hari Hanif kemalangan teruk dan kini dia di hospital kerana kecederaan dalaman yang teruk dan doktor mengatakan dia hanya mempunyai beberapa hari untuk hidup.

Jika Hanif sudah mengambil takaful: Hanif sudah tidak perlu memikirkan soal duit anaknya, sekurang-kurangnya buat masa terdekat kerana syarikat takaful akan memberikan pampasan. Hanif boleh 'pergi' dengan lebih tenang dan kebimbangan tentang makan, minum dan pembelajaran anaknya boleh dikurangkan.
Jika Hanif belum mengambil takaful: Hanif kini pasti dalam keadaan gusar tentang masa depan anaknya. Dan kini, Hanif pasti menyesal tidak mengambil takaful sebelum ini.
***
Kesimpulannya, takaful boleh diibaratkan sebagai "menyediakan payung sebelum hujan". Rasanya, bayaran bulanan takaful tidaklah mahal mana pun tetapi kebaikannya boleh dikatakan besar ketika kita berada dalam saat memerlukan.

Diharap dengan sedikit pencerahan dalam artikel ini mampu membuka mata orang ramai tentang kepentingan takaful - My Kewangan

credit to facebook.com/myKewangan

Jadi rasanya dah boleh faham sedikit sebanyak apa itu kepetingan takaful? Ia seumpama menyediakan payung sebelum hujan. Bertindak sebelum terlewat. Jangan nanti disebabkan ego kita, sikap malas, endah tak endah, acuh tak acuh memakan diri. Sesal kemudian tak berguna...Bayangkan anak-anak dan isteri yang bergantung harap kepada kita (para suami) sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab dan mengambil berat ke atas mereka. Renung-renungkan bersama...



Saturday, 7 February 2015

#1 - Bermulanya Perubahan Dalam Hidup



Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah swt atas kurniaan rezeki. Walaupun apa yang saya sedang usahakan ini baru sahaja bermula, namun hasilnya untuk masa hadapan adalah sangat-sangat berbaloi. Yang paling penting usaha kena berterusan dan disiplin diri kena tinggi.

Apa perubahan yang saya dh buat? Saya kini dah menjadi Takaful Advisor yang berdaftar di bawah Muqmeen Group untuk PruBSN Takaful.  

KEPAKARAN saya adalah MEMBANTU orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan TAKAFUL dengan lengkap, jelas dan telus. MASALAHNYA ramai di luar sana yang tidak faham kenapa perlunya polisi takaful ini. Jikalau mereka sudah mempunyai polisi sekalipun, mereka TIDAK FAHAM apa yang mereka ambil. Dan rata-rata antara mereka ini tidak tahu bagaimana caranya untuk membuat CLAIM. Jadi tugas saya adalah untuk membantu mereka ini dan juga ANDA!

Terima kasih yang tak terhingga buat Agency Manager@my introducer, Encik Aziz Riadi (12 tahun pengalaman dalam industri) yang telah memberi keyakinan untuk saya bertapak dan bergerak sebagai ejen takaful. Juga atas semua ilmu-ilmu yang telah beliau kongsikan.

Semoga apa yang saya usahakan ini akan berjaya dan berhasil sedikit masa lagi. Di samping matlamat untuk berjaya menjalankan bisnes, saya percaya niat murni saya ini juga dapat membantu orang ramai mendapatkan perkhidmatan takaful yang terbaik demi masa hadapan keluarga yang tersayang.


Hubungi saya sekarang untuk sebarang perkongsian berkaitan perlindungan takaful, medical card dan free quotation. 013-4281217