Friday 1 May 2020

ADA APA DENGAN ANAK LELAKI?

Sementara nak tunggu berbuka puasa ni, cuba korang listkan siapa WARIS FARAID korang yang terkini?

Waris faraid yang asas ada 5 :

1. Mak
2. Ayah
3. Pasangan
4. Anak Lelaki
5. Anak Perempuan

INI CONTOH WARIS FARAID SAYA :

1. Pasangan
2. Anak Lelaki
3. Anak Perempuan

Mak dan ayah saya telah meninggal dunia.

Jika esok saya meninggal dunia, saya akan meninggalkan isteri, anak perempuan, anak lelaki, seorang kakak dan seorang adik lelaki seibu sebapa.

Walaupun kedua mak ayah saya sudah tiada, mengikut kaedah Hukum Faraid, adik beradik tidak boleh mewarisi hak kerana mereka terdinding oleh Anak Lelaki si mati.



Jadi di dalam kes saya ini, disebabkan saya ada anak lelaki maka pembahagian faraid akan terhenti setakat isteri dan anak-anak saya sahaja. Tiada yang lain.
Waris Faraid korang pula macam mana?

Yang tiada anak lelaki, anda dah boleh nampak flow di atas apa yang akan terjadi. Anda boleh PM saya. Saya ajar macam mana nak buat plan B.

No comments:

Post a Comment